Monday, July 30, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012


Peperiksaan Percubaan PMR 2012 akan bermula pada 1 Ogos 2012, semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya. Walaupun sedang berpuasa jangan jadikan sebagai alasan untuk kurang bersedia kerana lapar dan dahaga kerana ingatlah bahawa orang-orang terdahulu berjuang menegakkan agama di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Kami doakan semoga anda berjaya membuktikan bahawa SMART boleh cemerlang, selamat berjuang wahai anak didikku.